THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
Get Gifs at CodemySpace.com

U Are The Best

Sabtu, 6 Ogos 2011

Bantuan kemanusian MALAYSIA ke GAZA



ASSALAMUALAIKUM...

Tahniah kepada brother mus'ab yang turut sama dalam rombongan kemanusiaan ke gaza..Alhamdulillah,semoga rombongan ini selamat tiba dan pulang..sebagai seorang pelajar di sebuah Universiti mahupun mana-mana institusi pengajian,bukan mudah untuk seseorang dapat menyertai program sebegini..namun dengan izin ALLAH S.W.T,serta usaha beliau dalam meperjuangkan hak-hak kemanusiaan penduduk palestin...Syukur pada ALLAH kerana beliau terpilih..Perkara sebegini sepatutnya di ambil menjadi contoh tauladan bagi remaja-remaja lain...walaupun masih belajar,beliau dapat membahagikan masa antara belajar dan mengikuti program-program keislaman sebegini..di samping membantu saudara kita mencari kemerdekaan,kita juga dapat mengerah keringat kita dalam memartabatkan agama Islam,disamping mencari keredhaan dari ALLAH S.W.T..sebagaimana yang disebut dalam satu hadis sahih yang menjelaskan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim..

Dari Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda :

“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim



Semoga ramai lagi remaja-remaja yang akan turut sama dalam aktiviti yang seumpama ini..bantuan kita sebagai saudara islam bukan dengan menghantar bantuan makanan,pakaian sahaja...banyak lagi perkara lain yang dapat kita lakukan untuk membatu saudara kita yang berada di dalam kesusahan..contoh menunaikan solat hajat,berdoa dan sebagainya...daripada kita membuang masa dengan melibatkan diri dalam pertubuhan yang tidak menguntungkan,alangkah baiknya kita menyertai program-program keislaman sebegini..sekurang-sekurang ia menjadi suatu amalan yang akan di bawa apabila kita menghadap ALLAH S.W.T kelak...semoga apa yang kita lakukan di dunia ini mendapat keredhaan daripada NYA..INSYAALLAH..

0 ulasan: